22
Sep
10

Oxygen please!

Dulu kau selalu berkata: “Awak boleh tulis. Really, you can write. Kenapa malas?”

Aku senyum, kemudian aku kucup dahi kau bertalu-talu – tindakbalas reflektif apabila kau bertanyakan soalan-soalan yang sukar untuk aku jawab. Mengucup mu itu, juga suatu perasaan yang – sehingga sekarang – tidak mampu aku nukilkan dengan kata-kata. Namun kini, setelah hak untuk mengucup dahi kau hilang, aku rasa kosong. Kadang-kadang persis mati sahaja.

Sudah bertahun tidak mendengar suara mu, sudah beribu hari berlalu tanpa ku pegang jari-jemari mu. Dulu aku selalu marah-marah, aku bilang jari-jari mu hodoh sekali. Penyakit menggigit kuku yang tak pernah kebah itu! Kini, aku rindu pada jari-jari hodoh itu.

Dan hari ini aku ada jawapan untuk soalan mu. Jika bersama kau, aku tidak perlukan apa-apa.

Aku tidak perlu menulis kerana hari-hari ku sempurna.

Aku tidak perlu membaca kerana memandang muka mu sahaja sudah penasaran.

Aku tidak perlu muzik kerana suara mu lebih lunak dari mana-mana gesekan biola.

Aku tidak perlu sastera dan puisi untuk bernafas kerana kau itu oksigen buat ku.

I would give everything up, just about every single thing I have, just to have one more day with you. Sekiranya hari itu tiada berketentuan di fana ini, aku tunggu mu di sana.

Hari ini amat letih. Sakit sebenarnya.


4 Respon to “Oxygen please!”


  1. 1 Jiwagelita
    September 23, 2010 at 1:57 am

    Dia rindu pada hari-hari yang mengizinkan dia berbaring di atas katil tanpa berbuat apa-apa kecuali megira putaran kipas siling dan tahun-tahun di mana yang dirindu tiada lagi di sisinya walaupun dia tahu ia bagai sawa yang membelit, semakin dikira semakin dia putus nyawa….

  2. 3 Jiwagelita
    September 23, 2010 at 1:03 pm

    hari-hari bukan satu katanama! hadoiii….


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.