Baru balik meeting dengan editor suratkhabar. Minggu lepas dengan editor majalah dan portal berita internet.
Bulan lepas dengan penerbit filem, bising bertanyakan bila manuscript dan story board boleh siap.
Editor buku tak sudah-sudah bertanya bila buku baru nak siap.
Editor buku orang putih tanya mana travel piece, opinion piece, sopo piece? Apa pendapat? Mana mana mana?
Bingit macam murai terpatuk cili.
Tapi dulu semua ini tak pernah jadi makanan aku, tak penting pun. Dulu aku menulis juga, just not out there.
Menulis untuk kamu itu privilege, menulis tentang kamu itu bahagia.
Hati-hati yang diruntun asmara tidak pernah mendesak, sentiasa memberi ruang.
If you ever come across the byline, please don’t believe the fame that comes with it. It ain’t real, its so phony I hardly read what I wrote.
But I miss writing for you, about you. Mostly I miss you.
Rindu, lakaran potret rasa yang bisa bikin aku jadi gila. Penasaran dalam samar.
Rindu nak sembang, nak dengar suara. Rindu nak tonyoh2 dahi kau whenever you utter something stupid.
Rindu nak gelak pada lawak2 bodoh yang kerap muncul dalam sembang-sembang kita.
Rindu ingin tidur dalam kasih sayang.
Dunia ini gilakan, Ja? Kalau kasih tak sampai, kenapa persahabatan turut sama dituba?
Malam cuti tahun baru, aku pandu kereta di tengah malam. Seorang sahaja, tak ada teman dari Shah Alam sampai ke Sijangkang.
Masa-masa lampau bersama mu, dari Lembah Pantai ke Sijangkang rasa amat dekat. Perjalanan tanpa haluan, destinasi tak penting. Yang perlu ada kau dan aku, udara untuk bernafas, tangan mu menggenggam tangan ku dan cinta.
Cinta konon, haram jadah!
Tapi bila sendirian, lamanya terasa persis dari KL ke Siberia.
Kena rasa rindu ni sampai mati ke?
Nota kaki: walaupun aku rindu kau, tak bermakna aku dah maafkan kau.